MANFAAT TEH HIJAU YANG PERLU ANDA TAHU

Teh hijau adalah berasal daripada tumbuhan yang bernama Camellia Sinensis. Daun kering dan tunas daun dari tumbuhan inilah yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis teh yang terdapat di pasaran. Teh hijau disediakan dengan mengukus dan memanggang daun-daun ini kemudian dikeringkan. Teh-teh lain seperti teh hitam dan teh oolong pula melibatkan proses yang lebih spesifik di mana daun ditapai sepenuhnya (teh hitam) atau separa tapai (teh oolong).

Dilengkapi dengan antioksidan dan nutrien yang padat, teh hijau mempunyai banyak kesan baik kepada tubuh termasuklah kepada fungsi otak dan kulit. Ia juga sering dikatakan mampu membantu mengurangkan berat badan dimana pengambilannya dapat meningkatkan kadar metabolisma sekali gus meningkatkan pembakaran lemak.

Berikut merupakan manfaat teh hijau yang didapati dari beberapa siri kajian klinikal yang pernah dilakukan.

MENYINGKIR LEMAK ‘JAHAT’

Lemak ‘BAIK” (HDL) sangat diperlukan oleh tubuh badan dalam menjaga kesihatan jantung manakala lemak ‘JAHAT” (LDL) dapat menyumbang kepada masalah berkaitan jantung.

Orang yang kerap mengambil teh hijau di dalam diet seharian mereka dilihat mempunyai  tahap lipoprotein berkepekatan rendah  (LDL) dan trigliserida yang rendah di dalam badan mereka. Kedua-dua jenis lemak tersebut sering digelar sebagai lemak jahat kerana kehadirannya yang berlebihan didalam sistem badan dapat memberi kesan yang buruk terhadap sistem jantung kita. Sebaliknya, pengamal teh hijau telah terbukti mempunyai kandungan lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL) yang tinggi di dalam badan mereka. 

Satu kajian mendedahkan bahawa pengambilan teh hijau atau ekstrak teh hijau yang mengandungi 150 hingga 2500 mg catechin (sejenis bahan kimia aktif semulajadi teh hijau, – antioksidan)  setiap hari sehingga 24 minggu dapat mengurangkan jumlah kolesterol dan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) pada orang yang yang memiliki paras lemak darah atau kolesterol tinggi.

MENCEGAH SALURAN DARAH DARI TERSUMBAT

Pengumpulan dan pembentukan plak lemak jahat (LDL) pada dinding saluran darah manusia.

Kajian populasi mendedahkan bahawa pengamal minuman teh hijau dikaitkan dengan risiko terhadap penyakit arteri tersumbat (coronary artery disease) yang rendah. Satu kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilannya telah memberi kesan yang lebih ketara terhadap pengamal lelaki berbading pengamal wanita. Ia merupakan satu bonus sekiranya anda adalah seorang lelaki..!

ANTI KANSER RAHIM DAN OVARI

Pembentukan kanser endometrial pada wanita

Sekiranya anda merupakan seorang wanita, satu kajian populasi mencadangkan bahawa pengambilan teh hijau dikatakan mempunyai hubungkait dengan kanser rahim (endometrial) dan ovari dimana pengambilan teh hijau yang kerap mampu mengurangkan risiko pembentukan sel-sel kanser pada wanita yang sihat.

Namun, bagi pesakit yang sedang atau telah mengalami kedua-dua kanser tersebut, kajian mendapati bahawa pengambilan teh hijau dilihat tidak  membantu untuk mencegah atau mengurangkan pembentukan sel kanser tersebut.

MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Carta menunjukan peringkat tekanan darah. Kebiasaannya, tekanan darah yang normal adalah sekitar 120/80. Berjaga-jaga sekiranya tekanan darah anda melebihi tahap tersebut!

Walaupun terdapat beberapa bukti yang bercanggah tentang kesan teh hijau pada tekanan darah tinggi, namun satu penyelidikan penduduk di China menunjukkan bahawa minum 120-599 mL teh hijau atau teh oolong setiap hari dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk menghasilkan tekanan darah tinggi. 

Terdapat juga kajian klinikal yang menunjukkan bahawa mengambil ekstrak teh hijau setiap hari selama 3 bulan atau minum teh hijau tiga kali sehari selama 4 minggu dapat mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Analisis kajian klinikal menunjukkan bahawa teh hijau boleh mengurangkan tekanan darah sistolik (nombor atas) sehingga 3.2 mmHg dan tekanan darah diastolik (nombor bawah) sehingga 3.4 mmHg bagi mereka yang mengalami atau tidak mengalami tekanan darah tinggi. 

MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG

Keadaan ketumpatan tulang yang normal (kiri) berbanding tulang yang mempunyai ketumpatan yang rendah (kanan).

Kajian awal mendapati bahawa amalan meminum teh hijau selama 10 tahun dikaitkan dengan peningkatan kepadatan mineral pada tulang.

Bagi kaum hawa, satu penyelidikan  telah menunjukkan bahawa  pengambilan ekstrak teh hijau terbukti tidak meningkatkan ketumpatan tulang pada anda selepas menopaus apabila ianya diukur dengan “alat pengesan kepadatan tulang”.

ANTI KANSER PROSTAT BAGI LELAKI

Kedudukan kanser prostat pada bahagian kelamin lelaki

Berita baik untuk kaum lelaki yang sihat, satu penyelidikan menunjukkan bahawa dengan mengambil produk yang mengandungi antioksidan teh hijau dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser prostat walaupun anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyakit ini.

Namun, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa minum teh hijau dengan kadar yang lebih tinggi dari kebiasaan tidak dikaitkan dengan pembentukan kanser prostat. Malang bagi pesakit kanser prostat, kajian menunjukan bahawa pengambilan teh hijau atau ekstrak teh hijau tidak melambatkan perkembangan kanser tersebut.

Semoga memberi info dan manfaat kepada anda..!!

sumber: https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-960/green-tea

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s