10 FAKTA KESIHATAN MENARIK TENTANG TELUR AYAM

Telur ayam mengandungi kesemua kelas protein asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan 

Telur ayam (putih dan kuning) sangat kaya dengan nutrien iaitu protein, vitamin dan mineral dimana kuning telur mengandungi kolesterol baik, vitamin larut lemak dan asid lemak penting yang sangat diperlukan bagi fungsi tubuh berjalan dengan baik. Berikut adalah antara fakta kesihatan menarik yang anda perlu tahu berkenaan telur ayam yang menjadi kesukaan ramai ini.

1. Telur merupakan sumber protein yang sangat murah dan  berkualiti tinggi selain kaya dengan selenium, vitamin D, B6, B12 dan mineral seperti zink, besi dan cooper.

2. Kuning telur juga mengandungi lebih banyak kalori dan lemak berbanding putih telur. Ia kaya dan menjadi sumber utama kepada vitamin larut lemak A, D, E dan K dan lesitin – Bagus untuk bekalan tenaga yang optimum

3. Satu kajian yang diterbitkan oleh Paediatrics menyarankan bahawa dengan memberi anak-anak hanya satu biji telur sehari selama enam bulan, di samping diet dengan gula yang rendah dapat membantu mereka mencapai ketinggian yang sihat sekaligus mencegah masalah kebantutan (stunting).

Pengambilan telur ayam setiap hari kepada kanak-kanak yang sedang membesar dapat mencegah masalah tubuh yang pendek (stunting) – Paediatrics

4. Telur kaya dengan beberapa nutrien penggalak kesihatan jantung seperti betaine dan choline. Satu kajian baru-baru ini terhadap hampir setengah juta orang di China menunjukkan bahawa dengan hanya memakan satu biji telur sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Bekalan choline yang terkandung di dalam telur mampu memberikan perkembangan otak yang baik untuk kandungan dan bayi yang sedang menyusu.

5. Telur juga mengandungi bekalan Choline yang penting bagi wanita yang sedang mengandung dan menyusu. Bekalan choline yang mencukupi oleh tubuh seorang ibu adalah amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi mereka yang normal.

Telur ayam sangat sesuai dijadikan sarapan pagi anda bagi tujuan pengurusan berat badan yang lebih sihat – egg benedict

6. Telur adalah sumber Vitamin D yang berguna untuk melindungi tulang, mencegah osteoporosis dan riket.  Telur perlu dijadikan sebagai sebahagian dari jadual diet seimbang anda. Sarapan pagi yang mengandungi telur boleh membantu dalam pengurusan berat badan kerana kandungan proteinnya yang tinggi membantu untuk memberi rasa lebih kenyang dalam tempoh lebih lama.

Sembilan jenis amino acid penting (essential) yang perlu diperolehi bagi menjalankan fungsi tubuh yang optimum

7. Telur dianggap sebagai sumber protein yang paling ‘lengkap’ kerana ia mengandungi kesemua sembilan asid amino penting (essential amino acids) yang mana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri dan wajib diperolehi dari sumber makanan dan diet kita.

8. Bagi mereka yang sihat, satu Kajian mendedahkan bahawa kolesterol yang terkandung di dalam telur tidak menyebabkan kandungan kolesterol tubuh menjadi tinggi. Ini kerana tubuh badan hanya mengambil 20% sahaja kolesterol dari makanan dan selebihnya akan dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ini bermaksud, walaupun anda mengambil makanan yang tinggi kandungan kolesterol, tubuh hanya akan tetap mengambil sebahagian kecil darinya dan selebihnya akan disingkirkan oleh sistem tubuh itu sendiri. 

9. Pengambilan 6 biji telur ayam seminggu juga telah dibuktikan oleh satu kajian pada tahun 2012 bahawa ianya tidak mengganggu masalah berkaitan jantung dan strok walaupun ianya diambil oleh mereka yang mempunyai risiko tinggi terhadap masalah tersebut. 

Pengambilan telur ayam berkesan dalam pembinaan otot yang besar dan kuat

10. Bagi jejaka yang ingin membina otot yang lebih besar dan kuat, pengambilan telur ayam secara penuh (putih dan kuning) sejurus selepas melakukan aktiviti gym telah terbukti secara klinikal dimana ianya mampu membina otot secara lebih berkesan berbanding dengan hanya memakan putih telur sahaja. 


Nicholas A. Burd, Ph.D., an exercise physiologist at the University of Illinois at Urbana-Champaign.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s