LATA DERU ECOPARK

Kedudukan Lata Deru Ecopark yang berada di dalam daerah Besut, Terengganu. 

Kali pertama menjejakkan kaki ke Lata Deru Ecopark, Besut, Terengganu merupakan pengalaman yang sangat indah bagi saya kerana walaupun saya berasal dari Besut, namun tahun 2018 adalah tahun yang penuh makna dimana saya berpeluang merasai sendiri pengalaman bermalam dan beriadah di sekitar sungai dan air terjun yang kini kian menjadi buah mulut para netizen

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman mengembara dan beraktiviti, anda boleh menghubungi Puan Nur Adyana bagi mendapatkan nasihat dan tempahan
Kali ini saya berpeluang merasai pengalaman bermalam di dalam bilik tube yang sederhana ini
Bilik tube yang sederhana sangat selesa sekadar untuk melepaskan penat beraktiviti. Bilik ini berharga RM60.00 dan kemungkinan harganya mungkin akan berubah pada masa akan datang.. wallahu
Pemandangan dari  kawasan “hammock camp” yang berada di bahagian bawah bersebelahan aliran sungai utama Lata Deru. 
Kawasan “hammock camp” yang sangat sesuai bagi kumpulan atau individu yang ingin merasai pengalaman bermalam di dalam khemah
Salah satu takungan sungai yang indah. Air yang jernih membuatkan mata anda terpaku..!!
Laluan sungai menuju ke puncak Lata Deru
Kemuncak sungai yang dikenali dengan nama Lata Kolam, salah satu takungan air terjun dengan kedalaman berbahaya yang terdapat di Lata Deru Ecopark

Walaupun perjalanan ke sini agak jauh dari rumah saya iaitu sekitar 30km, namun perasaan puas hati amat sukar digambarkan. Bagi menzahirkan rasa tersebut, setakat ini saya telah ke sana melebihi 5 kali dalam beberapa bulan ini…!!!!

Cuma perlu diingatkan bahawa kemudahan fasiliti di sini masih sangat kurang dimana anda perlu meredah jalan kecil yang tidak berturap (masih berbatu-batu) sejauh 1 km dari jalan utama sebelum sampai ke destinasi ini. Capaian bagi liputan telefon bimbit juga masih tidak stabil. Namun, anda pasti akan melupakan masalah tersebut setibanya anda di sini… percayalah..!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s